Friday, July 27, 2012

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENTAULIAHAN Kor SUKSIS IPTA SE-MALAYSIA KALI KE-8 DI UNIMAS SARAWAK.

Alhamdulillah, seramai 51 anggota Kor SUKSIS Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditauliahkan sebagai Inspektor Kor SUKSIS pada 14 Julai 2012 yang lalu. Majlis ini melibatkan seramai 957 anggota Kor Suksis 20 IPTA seluruh Malaysia dan secara rasminya telah tamat latihan selama 3 tahun dan ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Ismail Omar. 


semua anggota kor suksis UMP

aku semasa menerima sijil pelantikan

Latihan untuk perbarisan tamat latihan dijalankan selama 7 hari di UNIMAS yang dikendalikan oleh PULAPOL Kuching, Sarawak yang diketuai oleh SM Shahram bin Haji Yakin. Pelbagai ilmu dan kenangan yang diperolehi sepanjang latihan dijalankan, iaitu mengenal erti pengorbanan masa tenaga dan mengenal erti nilai persahabatan. Alhamdulillah, sepanjang latihan kawad, semua anggota SUKSIS dapat harungi semuanya dengan ikhlas berkawad di tengah panas dari awal pagi sehingga ke petang sanggup berpeluh sampai basah baju. Bak kata pepatah, “kalau kita ikhlas buat sesuatu dengan penuh kesabaran dan keihklasan kita akan dapat kemanisannya nanti. Terdapat kata-kata keramat yang selalu diulang-ulang oleh ketua jurulatih kawad, SM Shahram iaitu “hentak biar padat, padu dan geram. Kalau tak geram, tak Nampak seni kawadnya”, seterusnya maksud “KAWAD (Kumpulan Anggota Wajib Ada Disiplin)”, dan 5 perkara yang perlu diingati semasa kawad iaitu “bukan lama sekejap, bukan sakit sedap, bukan tulang urat, bukan longgar padat, baru mendapat kenikmatan”.


Seramai 3 anggota Kor SUKSIS UMP mendapat anugerah pelatih terbaik universiti. Anugerah pelatih terbaik keseluruhan (Insp/KS52160 Wan Mohd Syazwan bin Wan Abdullah), anugerah pelatih terbaik akademik (Insp/KS52164 Anis Shafika binti Muhamad Adilah), dan anugerah pelatih terbaik latihan luar (Insp/KS52161 Zulfadly Syazwan bin Zolkhair). UMP bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS) digabungkan dalam “Detachment 10” dalam perbarisan tamat latihan. Sepanjang latihan dijalankan, “detachment” ini sering mendapat pujian dari kalangan jurulatih-jurulatih PULAPOL Kuching dan menjadi “detachment” terbaik pada hari kejadian.

semasa berjalan lalu di pentas hormat