UMP dulu dan kini
1- Anda semestinya faham makna e-comm, sharing, OR......
2- Anda wajib membeli di Ina Shop sekalipun dalam hati memaki hamun harga barang-barang kat situ.
3- Pelajar perempuan stress tinggal di KK3 disebabkan kunci pagar tepat jam 12 malam.
4- Anda akan/pernah makan di Safiyyah walaupun sekali...sedak wooo gua cakap.
5- Kita akan jumpa orang yang sama setiap hari tapi tak kenal pun.
6- Setiap hari pening fikir nak makan apa untuk hari ini.
7- Megamall dan ECM satu-satunya tempat outing pelajar UMP. KP tak layan mana boh.
8- Dulu masjid UMP digelar kilang, sekarang digelar Masjid Petronas.
9- UMP ada dua kampus, Gambang & Pekan. Masing-masing digelar dia budak Pekan, awak budak Gambang,padahal semuanya UMP..kata 1 UMP.
10- UMP ada pasar malam sendiri, setiap petang rabu.
11- Satu-satunya universiti yang berada di tepi highway. Lepas tol jer, terus nampak UMP.
12- UMP ada jejantas menghubungkan dewan kuliah, pentadbiran dan etc dengan Kolej Kediaman 4.
13- UMP memang ada guard yang suka saman student.Kadang-kadang ada yang baik, sporting tapi jarang lerrr.
14- UMP memang suka buat jamuan makan-makan free. Antara korang malu atau tidak,mahu atau malas jer.
15- UMP Gambang dikelilingi anjing, UMP Pekan dikelilingi lembu. Lepas ni UMP mungkin boleh jadi Universiti Penyelidikan Zoo.
16- Event-event besar selalu buat kat kompleks sukan. Event sederhana besar kat astaka. Event kecil-kecilan hanyalah di blok W.
17- Pelajar lelaki tahun 1 majoriti pakai basikal.Dah jadi senior upgrade pakai motor/kereta.
18- Ada court basketball depan KK3 tapi student lelaki yang selalu main.
19- Ada kiosk maxis oooo dalam kafe student.
20- Student wajib ambil briged siswa exclude student yang join badan-badan beruniform (Wataniah,Sispa,Suksis etc)
21- Student final year mesti sibuk dengan PSM, wajib untuk semua fakulti.
22- Sejak-sejak ada OR (Open Registration), semua student mesti stress pada malam OR dibuka.
23- Hanya ada dua kafe utama di KK3 & KK1. Semua kebulur bila makanan habis.
24- Semua bengang dengan akak-akak kat Ina Shop.Tak pernah senyum.
25- Shower dan bilik air selalu full time 7.30 am dan 7.00pm.
26- UMP ada sharing. Download apa sahaja movie dan siap boleh request lagik.U lain tak pasti.Takyah tengok wayang.Tunggu saja sharing mana upload.
27- Library sentiasa penuh time study week. Ramai ambil port menghadap highway sekiranya di UMP Gambang.
28- Pelajar UMP tidak boleh hidup tanpa PC/Lappy dan Internet.
29- Internet sentiasa free dalam bilik.
30- Sekurang-kurangnya, setiap orang mesti pernah study di One Stop Centre meghadap ATM CIMB.
31- Sekiranya ATM BIMB out of services, semua baru terhegeh-hegeh cari ATM Maybank.
32- UMP-KL hanya 3 jam sahaja. Ibarat seperti balik rumah sahaja.Jika ada event di KL,mesti balik hari.
33- Bilik MPP cantik dan terbuka untuk semua student, tapi semua malu dan segan nak masuk.
34- Pelajar-pelajar lelaki kuat main game Dota.
35- UMP Pekan banyak tasik.Kalau rasa nak bunuh diri, terjun terus kat tasik,takyah cari port lain.
36- UMP Pekan dekat dengan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa.
37- UMP Pekan - UMP Gambang tersaaaaaaaangaaaat jauuuuuhhhhhh.Perjalanan 1 jam.
38- UMP Pekan dulu selalu takde air.
39- Simpang Gambang ada pasar malam setiap hari khamis.Pelajar yang gigih akan berjalan kaki untuk ke pasar malam tersebut.
40- Sejak KK3 dikunci tepat jam 12 malam, banyak maintenance ke atas pagar dijalankan memandangkan banyak 'lubang-lubang tikus'.
41- UMP femes dengan Oovoo dulu, sekarang skype.
42- Kalau ada masalah di UMP, page MPP mesti kena serbu dan dimaki.Kadang-kadang kasihan mereka.Entah mengapa dan tiba-tiba kena marah dengan student.
43- Bangun pagi mesti terus on pc/lappy, check fb kot2 ada announce kelas cancel. Tanpa gosok gigi.Gosok mata jer sebab kadang-kadang tak percaya kelas cancel.
44- Pelajar lelaki ke kelas pakai sempoi sahaja, seluar slack/jeans dan t-shirt berkolar. Nak tengok diorang pakai smart, tunggu hari presentation. Tak kesah subjek apa,fakulti mana. Siap tie lagik.
45- Student civil suka 'ukur jalan' sekitar UMP. hehe
46- Pelajar UMP wajib ada jaket fakulti dan warnanya berbeza mengikut fakulti. I punya coklat hokay. Fakulti Teknologi la katakan.
47- Pelajar UMP kalau outing wajib ke kuantan. Tak pernah dengar nak outing ke raub,jengka or mentakab.
48- Bukan Majlis Perbandaran jer suka clamp tayar kereta, UMP pun pernah clamp tayar kereta.
49- Sesiapa yang kena kompaun, boleh buat sesi rayuan untuk kurangkan kompaun.
50- Semua warga UMP mesti ada akaun E-Comm.
51- Student UMP suka buat dan makan steamboat. Masak guna rice cooker jer pun.Tapi sebab ramai,maka jadi best.
Saturday, December 29, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)