Friday, August 12, 2011

Domo-kun jd kegilaan rmai...

Aku hampir nk gila dh skang nih....nk tau giler pasal pe??? hak3....psal domo la....
Mulenye, aku x bape mnat sgt ngan domo nih...ntah cam ape e bntuknye...pastu, lame2 aku tgk, comey gak domo nih....cute sgt2...die comey ngan cara t'sendiri...hehe...

Kenapa n mengapa domo-kun sgt digilai rmai???? Aku pon xtau...Ternyata walaupun dirimu hanyalah seekor binatang yang tidak diketahui kategori keturunan keluargamu namun kau tetap menjadi pujaan pencinta-pencinta yang dahagakan kasih sayang wahai domo-kun... hak3..Domo-kun skang ni dh mkin popular (wah, klah artis gitu), x kira le dlm klgn llki ke pompuan...tapi, yg slalu ade patung/aksesori domo nih pompuan je (t'msok le aku), llki juz mnat cmtu je sbb diorg x reti nk menilainye...hak3...


nih teddy domo aku...
comey x????

Sekarang, aku akan bagitahu sikit biodata,asal-usul dan apa-apa yang berkenaan Domo-kun pulak :

~ Domo ni sebenarnya merupakan maskot televisyen NHK JEPUN yang muncul dalam beberapa sketsa animasi selama 30 saat sebagai pengenalan rancangan ...

~ Domo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasmi bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur."

~ nama 'Domo' ni diambil di episod kedua rancangan ini, apabila juruhebah TV berkata "domo, konnichiwa" yang maksudnya lebih kurang "apa khabar di sana?" atau "apa khabar ,Domo? Nama hujung 'kun' pula diambil bersempena panggilan mesra yang selalu dipakai di Jepun untuk memanggil lelaki yang lebih muda.

~ Domo-kun pun ada makanan favourite dia iaitu gulai daging (omang ai ,biar betul ? Haha, dalam BI aku tengok Japanese-style meat) dan ubi kentang ! Makanan yang paling dibenci oleh Domo ialah EPAL gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA nya .jadi ,peminat Domo di luar sana tu,jangan lah makan epal ye (tapi, aku suka mkn epal) !haha

~ Domo-kun akan mengembung (mengembangkan diri) waktu dia berasa marah atau pun gementar. Macam-macam lah Domo ni..haha

~ Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama Usaji (うさじい Usajii) seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギ ) (arnab), dan jii- chan (じいちゃんatuk). Usaji tidak gemar benda2 "baru" dan juga tidak ada telefon.boleh dikatakan old fashioned lah.. Dari segi fesyen pakaian, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding rupa. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."

~ Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶ) dan anaknya Morio (もりお).

~ Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah seorang 'weasel girl' bernama Tā-chan (たー ちゃん ? ).
Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah aprikot dan tart pudina, manakala landak laut paling dia TAK suka.
Nama Tā- chan berasal dari perkataan "berbilang saluran" (多チャンネ ル tachanneru) dalam penyiaran digital.
Banyak lagi karakter yang terlibat dalam rancangan ni ,nak taip semua malas den .haha,
rujuk WIKI untuk tahu lebih lanjut..

~ Domo juga ada gamenye yang tersendiri kat Nintendo DSi.
5 games tersebut adalah Crash-Course Domo, Hard-Hat Domo, Rock-n-Roll Domo, Pro- Putt Domo and White-Water Domo.

Demikianlah sedikit sebanyak informasi mengenai DOMO-KUN ,harap anda semua enjoy membacanya .hehe...

2 comments:

  1. ui2...
    ak pon suke DOMO KUN..! hehe

    ReplyDelete
  2. yeke....comey, kan domo...aku baru agi suke kat binatang nih....huhu...

    ReplyDelete