semua anggota kor suksis UMP
aku semasa menerima sijil pelantikan
Latihan untuk perbarisan
tamat latihan dijalankan selama 7 hari di UNIMAS yang dikendalikan oleh PULAPOL
Kuching, Sarawak yang diketuai oleh SM Shahram bin Haji Yakin. Pelbagai ilmu
dan kenangan yang diperolehi sepanjang latihan dijalankan, iaitu mengenal erti
pengorbanan masa tenaga dan mengenal erti nilai persahabatan. Alhamdulillah,
sepanjang latihan kawad, semua anggota SUKSIS dapat harungi semuanya dengan
ikhlas berkawad di tengah panas dari awal pagi sehingga ke petang sanggup
berpeluh sampai basah baju. Bak kata pepatah, “kalau kita ikhlas buat sesuatu
dengan penuh kesabaran dan keihklasan kita akan dapat kemanisannya nanti. Terdapat
kata-kata keramat yang selalu diulang-ulang oleh ketua jurulatih kawad, SM Shahram
iaitu “hentak biar padat, padu dan geram. Kalau tak geram, tak Nampak seni
kawadnya”, seterusnya maksud “KAWAD (Kumpulan Anggota Wajib Ada Disiplin)”, dan
5 perkara yang perlu diingati semasa kawad iaitu “bukan lama sekejap, bukan sakit
sedap, bukan tulang urat, bukan longgar padat, baru mendapat kenikmatan”.
Seramai 3 anggota Kor SUKSIS UMP mendapat anugerah pelatih terbaik universiti. Anugerah pelatih terbaik keseluruhan (Insp/KS52160 Wan Mohd Syazwan bin Wan Abdullah), anugerah pelatih terbaik akademik (Insp/KS52164 Anis Shafika binti Muhamad Adilah), dan anugerah pelatih terbaik latihan luar (Insp/KS52161 Zulfadly Syazwan bin Zolkhair). UMP bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS) digabungkan dalam “Detachment 10” dalam perbarisan tamat latihan. Sepanjang latihan dijalankan, “detachment” ini sering mendapat pujian dari kalangan jurulatih-jurulatih PULAPOL Kuching dan menjadi “detachment” terbaik pada hari kejadian.
semasa berjalan lalu di pentas hormat
TAHNIAH PUAN ! :)
ReplyDeleteMekasih tuan khairie.... ^_^
Delete