Friday, July 27, 2012

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENTAULIAHAN Kor SUKSIS IPTA SE-MALAYSIA KALI KE-8 DI UNIMAS SARAWAK.

Alhamdulillah, seramai 51 anggota Kor SUKSIS Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditauliahkan sebagai Inspektor Kor SUKSIS pada 14 Julai 2012 yang lalu. Majlis ini melibatkan seramai 957 anggota Kor Suksis 20 IPTA seluruh Malaysia dan secara rasminya telah tamat latihan selama 3 tahun dan ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Ismail Omar. 


semua anggota kor suksis UMP

aku semasa menerima sijil pelantikan

Latihan untuk perbarisan tamat latihan dijalankan selama 7 hari di UNIMAS yang dikendalikan oleh PULAPOL Kuching, Sarawak yang diketuai oleh SM Shahram bin Haji Yakin. Pelbagai ilmu dan kenangan yang diperolehi sepanjang latihan dijalankan, iaitu mengenal erti pengorbanan masa tenaga dan mengenal erti nilai persahabatan. Alhamdulillah, sepanjang latihan kawad, semua anggota SUKSIS dapat harungi semuanya dengan ikhlas berkawad di tengah panas dari awal pagi sehingga ke petang sanggup berpeluh sampai basah baju. Bak kata pepatah, “kalau kita ikhlas buat sesuatu dengan penuh kesabaran dan keihklasan kita akan dapat kemanisannya nanti. Terdapat kata-kata keramat yang selalu diulang-ulang oleh ketua jurulatih kawad, SM Shahram iaitu “hentak biar padat, padu dan geram. Kalau tak geram, tak Nampak seni kawadnya”, seterusnya maksud “KAWAD (Kumpulan Anggota Wajib Ada Disiplin)”, dan 5 perkara yang perlu diingati semasa kawad iaitu “bukan lama sekejap, bukan sakit sedap, bukan tulang urat, bukan longgar padat, baru mendapat kenikmatan”.


Seramai 3 anggota Kor SUKSIS UMP mendapat anugerah pelatih terbaik universiti. Anugerah pelatih terbaik keseluruhan (Insp/KS52160 Wan Mohd Syazwan bin Wan Abdullah), anugerah pelatih terbaik akademik (Insp/KS52164 Anis Shafika binti Muhamad Adilah), dan anugerah pelatih terbaik latihan luar (Insp/KS52161 Zulfadly Syazwan bin Zolkhair). UMP bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS) digabungkan dalam “Detachment 10” dalam perbarisan tamat latihan. Sepanjang latihan dijalankan, “detachment” ini sering mendapat pujian dari kalangan jurulatih-jurulatih PULAPOL Kuching dan menjadi “detachment” terbaik pada hari kejadian.

semasa berjalan lalu di pentas hormat




Sunday, June 3, 2012

Health For Malaysia Siri Ke-2, 2012

Pada 26 & 27 may yg lalu, aku sebagai duta luar bandar t'libat ngan xtvt khidmat msyrkt di Perak. Nama program nih, "Health For Malaysia Siri Ke-2" di RTC Gopeng, Perak. Program Health For Malaysia Siri Pertama pada tahun lalu, aku tidak berkesempatan utk join sbb t'libat ngan softskill kat u aku. So, kali nih aku ase bes sgt sbb dpt join.

Pemeriksaan asas kesihatan oleh pelajar perubatan UKM.

Program Health For Malaysia Siri Ke-2, 2012 diadakan oleh KPT dgn kerjasama HUKM utk m'jlnkan program nih. Pelbagai xtvt menarik yg diadakan seperti pemeriksaan kesihatan asas secara percuma, pemeriksaan kesihatan utk llki dan wanita, pemeriksaan gigi dan mata secara percuma, bimbingan kaunseling dan psikologi, fisioterapi dan cara pulih kerja, farmasi, dll...

Pemeriksaan gigi

Program nih best sgt sbb, secara x langsung, aku pon bleh check kesihatan aku gak. Ok la, setakat nih je la aku nak cite psal program Health For Malaysia nih. K,bai....

Saturday, June 2, 2012

SAHABAT


sahabat, jgn lah kau terasa hati denganku
kata2ku mgkn agak kasar dimatamu
tapi ianye teguran utk m'btolkanmu
w/pon diriku tidaklah selengkap mana
aku mahukan yg terbaik
itu sahaja
maap seandainye sikapku tidak menyenangkanmu....


*persahabatan umpama tali, jgn biarkan ia ptus....

Monday, May 7, 2012

SEBAB_SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha

Tuesday, May 1, 2012

Majlis Pelancaran Yasasan Sukarelawan Siswa & Watikah Pelantikan Duta Luar Bandar


Pada 21 Mac yang lalu, aku telah menerima watikah pelantikan sebagai Duta Universiti RTC Gopeng di bawah  Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS4) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) daripada Perdana Menteri Malaysia. Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di Universiti Teknologi Mara (UITM) kira-kira jam 9 malam disambut dengan penuh gemilang serta laungan “1Malaysia”, “Kami Sayang PM”, dan “Terima Kasih PM” di sepanjang jalan sekitar universiti tersebut oleh para pelajar yang mewakili pelbagai persatuan dan fakulti masing-masing. 

Barisan Duta Luar Bandar semasa penyampaian watikah oleh Perdana Menteri
Kemeriahan itu berterusan sehingga ke dalam dewan apabila kira-kira 5000 mahasiswa bersorak sepanjang ucapan beliau. Kira-kira 10000 mahasiswa dari hampir 30 IPT memeriahkan majlis pelancaran Yasasan Sukarelawan Mahasiswa (YSS).

Saturday, January 14, 2012

Annual Camp SUKSIS

Esok pg, seawal jam 7pg aku dijangkakan akn mula b'grak ke tpak p'khmahn. Kali nih, SUKSIS wat camping kat Lata Lembik, Raub lak. Hatiku sgt teruja bila dpt join camp nih. Yela, mane tak nye, camp tahun lps aku x join, mmg sedey giler ar, kan. Kali nih aku bleh join. Hehehe...

nih pic "Lata Lembik" yg aku cari dr Google

Mule2 aku ase sronok nak join camping nih. Tapi, arini tibe2 je aku ase x sdap ati le. Tak tau le nape ade perasaan cmni. Huurmmmm....hrap2 smue nye b'jln lancar spjg camp nih.

Serius, mase kemas baju ke dlm beg hiking td pon ase berat je nk kemas. Nak x nak, aku t'pakse kemas gak. Tak kan x nak kemas lak, kan? Sape plak nak kemaskan utk aku. Hahaha..... So, t'pakse gak le kemaskan beg.

Perasaan x sdap ati nih dtg tbe2 je. X tau dr mane dtg nye perasaan nih. Td aku dh kol fmly aku kat Perak, diorg smue ok je. Alhamdulillah, lega aku dgr nye. Risau ati aku. Yela, dah le nnti kat Lata Lembik nnti xde coverage hp, internet ape tah lg. So, nk contact sape2 pon ssah kot.

Harapan aku, moge camp nih b'jln dgn lancarnye. Moge camp nih dpt dijadikan kngn t'indah spjg aku join SUKSIS ump. Camp nih merupakan kem t'akhir aku sblum aku menamatkan pengajian dlm SUKSIS, sbb sem dpan dh nak tauliah dah.

~SWEET MEMORY IN SUKSIS UMP~


Friday, January 6, 2012

~Hanya Seorang Ayah~

c/p
Penulis: FAKHRIAH RAMLI

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.

Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.....

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"

"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.

"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.....

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,

Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.

Thariq,

Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.

Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.

Ikhlas,

Ayah.

Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.

.....

Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.

Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.

Muka Thariq berubah.

"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.....

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.