Friday, August 10, 2012

HARI PERTAMA di LATIHAN DUTA UNIVERSITI (FOKUS LUAR BANDAR) BERSAMA MENTOR.

Ok, arini aku nak cerita psal program arini. Jam 1ptg aku smpai ke AKEPT, check in bilik, tros tdo. haha..tdo je yg aku tau kan. Penat la p'jlnn jaoh. Kul 2.30ptg bgon, siap2 smayang, then b'gerak ke bilik seminar.

Jam 3ptg b'mulalah program pertama iaitu Majlis P'bukaan & Taklimat Urusetia (KPT) yg dibukakan oleh Prof. Sam, big boss kitorg. 

Pada mjls p'bukaan oleh Prof. Sam

Selepas selesai mjls p'bukaan oleh Prof. Sam, b'mula pula program seterusnya jam 4.30ptg iaitu Taklimat ESTE & Penyediaan Projek ESTE yg melibatkan UA Perak 1 & Kelantan shj.


Sesi p'bincangan mengenai proposal projek

Last touch-up proposal b4 nak present dpan mentor

Sesi presentation proposal d hdpn mentor

Presentation agi

Selesai sesi presentation, balik bilik kjap, rehat2 then g b'buka puasa pula.

Sedang menunggu waktu b'buka puase

B'buka puasa

Dah kenyang makan, hati pon manyak senang maaa...hehe..seterusnya, siap2 solat maghrib pastu solat isyak n tarawikh tros.

Pkul 9.30 mlm mjls diteruskan lagi dgn icebreaking smue duta2, mentor2 yg dikendalikan oleh MyPartners. Beberapa game yg telah dijalankan iaitu harga diri: wanita diberi harga RM1 dan lelaki diberi harga 50sen, cari partner utk m'ckupkan nilai yg diberi, cthnya rm3.50. Game "bak mai singgit" pula, peserta diberi RM5 seorg & perlu merayu pd org laen utk menambahkan wang nya dgn menyebut "bak mai singgit" sebanyak 7x dan org itu perlu m'berinya RM1. Game "do u love me?" agak m'cabar krn seseorg yg t'pilih perlu propose seseorg m'ikut plhn hatinya dgn m'ungkap "do u love me?". Org yg telah dipropose itu perlu m'jwb "u beg, i do, bcoz ........" n "i don't, bcoz ........".

"Bak mai singgit"

Peserta2 yg dh bankrup, duit abes kene kebas

M'cari mangsa "do u love me?"

aksi "do u love me?"
"i don't, bcoz u r wearing a black trouser"

So, stakat ini sajalah program utk hari pertama di AKEPT.
Kbai...mau tdo dlu... :)

LATIHAN DUTA UNIVERSITI (FOKUS LUAR BANDAR) BERSAMA MENTOR.


Kali nih Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dgn kerjasama pelbagai  agensi sekali lagi melaksanakan LATIHAN DUTA UNIVERSITI (FOKUS LUAR BANDAR) BERSAMA MENTOR di bwh Program Transformasi Luar Bandar (RTP)- NBOS4.
  Tarikh:      10 hingga 13 Ogos 2012
  Tempat:   Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Latihan pada kali ini agak b'beza b'banding dgn latihan pd sebelum2 nih. Latihan nih melibatkan kesemua duta2 universiti l/bndr bg negeri perak n kelantan, dan duta perak tambahan (40 org). So, latihan kali agak meriah ckit sbb rmai. Pelbagai aktiviti yg bakal dijalankan seperti p'sediaan proposal mengenai projek yg bkal dijalankan oleh duta2 sndri yg hendak dibentangkan di hadapan YB menteri KPT.
So, aku b'harap moga segalanya b'jalan dgn lancar...


Monday, August 6, 2012

Aku terkena Fibroadenoma


Apakah fibroadenoma? Teenagers patot tau psal fibroadenoma nih, sbb ianya akan menyerang kaum wanita dlm lingkungan 20-30an t’masoklah aku. Sob3… 

Pada awal tahun 2011, time mandi, aku dpt rase ade ketulan kat aku punyer B. Masa rase ketulan tuh, aku cuak gak, ape bende nye? Wat suspen je, pastu aku search kat mr google, die ckp, mende nih x bahye, it’s normal kat remaja yg makin meningkat dewasa. So, lega la ckit. Hehe…

Tapi, aku mcam x puas ati lak kan, sbb kadang2 terasa saket kat part ketulan tuh. Bila dh was2 nih, aku pun mulalah cuak bagai, gelabah! Yela, mak sedara aku dh meninggal sbb kene breast cancer, mane aku x cuak kalo2 aku mewarisinya ke kan, minx simpang weyhhh. Pastu, aku pon g la cari klinik swasta yg dokter nye pompuan. Aku x g klinik kat dlm u aku, sbb dokter nye llki, segan lak aku nak cerita kat dia. So, jumpa la klinik swasta yg dokternye pompuan. Aku g klinik nasha kat taman cenderawasih, kuantan. Lps aku cerita2 kat dokter tuh, die pon check aku punyer B. Pastu, dia pon suggestkan aku utk refer ke hospital, dia bg reference letter utk check kat kpj centre, jumpa ngan doctor gant. Tapi, aku x g pon, sbb aku x tau hospital kat celah mana. So, aku pon bg la reference letter tuh kat klinik dlm u aku, utk bw kes nih ke hospital gomen, HTAA. Snang ckit aku nak g, sbb aku tau katne. Hehe…

Kalo dah bwk kes nih ke hospital gomen, faham2 la berapa lama nak tunggu utk appointment nye. Aku kene tunggu smpai 2 bulan lebeyh. November 2011 aku g wat FNAC test, kene amek sampel tisu aku punyer lump samada mende tuh kanser or x. Mase die nak amek sampel tuh, gerun gak, jarum dia, punyer la besar, saket gak la, dlm ati punyer la debar. Alhamdulillah, result dr FNAC test tuh, aku punyer lump bukan nye kanser. Fibroadenoma je. Hehe…lega dgr nye. 

Pastu, disember 2011, aku kene g HTAA agi utk wat ultrasound lak. Aku pelik gak, apsal nak kene wat ultrasound utk aku punyer B nih, sbb dh tau dah, ketulan kat B aku nih bkannye kanser pon. Dokter ckp, nih dh prosedur, so ikot je la. Aku bukannye ape, segan la. Faham2 je la, segan nak bg dokter tgk aku punyer B. huhu…so, hasil dr ultrasound B aku, ketulan tuh sah dan sahih, bukannya kanser, fibroadenoma je. Pastu, dokter suggest kat aku, utk wat operation utk buang ketulan tuh. Aku tanye kat dokter tuh, kalo x buang bleh x? Dokter tuh ckp, bleh je kalo x nak buang, tapi kene dtg ke hospital every year utk pantau ketulan tuh supaya x membesar. Kalo membesar, kene buang. So, tunggu je la next appointment disember 2012 nih. Stakat nih, dah hampir setahun, aku dapati aku punyer lump nih, makin membesar n bertambah lak, ade 4 semuanya. Berdebar lak aku, aku x nak kene bedah, mesti saket kan. So, tunggu je la disember nih nnti…

Nih aku nak bg info ckit pasal fibroadenoma.

Apakah fibroadenoma?
Fibroadenoma ni adalah satu ketumbuhan biasa pada breast young women. Ketulan nih bukannya sejenis penyakit, tapi tumor pd breast yg x b’bahaya hasil drp kelenjar dan gentian tisu breast kita. Fibroadenoma selalu t’jadi pd wanita yg b’usia 30 tahun ke bwh. Fibroadenoma nih bleh b’gerak di mana shja pd breast kita dan hanya dpt dikenalpasti melalui pemeriksaan dokter dan ujian ultrasound.

Gejala
-          Pertumbuhan fibroadenoma umumnya tidak menimbulkan rasa sakit, hanya ukuran dan tempat pertumbuhannya yang menyebabkan saket pada breast kita. Bila disentuh, ianya kenyal.

Diagnosis
-          Fibroadenoma dapat didiagnosis dengan tiga cara, iaitu dengan pemeriksaan fizikal (phisycal examination), dgn mammography atau ultrasound, dgn Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC). Pada pemeriksaan fizikal dokter akan memeriksa benjolan yang ada dengan palpasi pada daerah tersebut, dari palpasi itu dapat diketahui adakah ianya bleh b’gerak atau tidak, kenyal atau keras,dll. Mammography digunakan untuk membantu diagnosis, mammography sangat berguna untuk mendiagnosis wanita dengan usia tua sekitar 60 atau 70 tahun, sedangkan pada wanita usia muda tidak digunakan mammography, sebagai gantinya digunakan ultrasound, sbb fibroadenoma pada wanita muda tebal, sehingga tidak terlihat dengan baik bila menggunakan mammography.
-          Pada FNAC kita akan mengambil sel dari fibroadenoma dengan menggunakan penghisap iaitu jarum yang dimasukkan pada suntikan. Dari alat tersebut kita dapat memperoleh sel yang terdapat pada fibroadenoma, lalu hasil pengambilan tersebut dihantar ke laboratorium patologi untuk diperiksa di bawah mikroskop. Dibawah mikroskop tumpor tersebut tampak seperti berikut :
-          a.  Tampak jaringan tumor yang berasal dari mesenkim (jaringan ikat fibrosa) dan berasal dari epitel (epitel kelenjar) yang berbentuk lobus-lobus;
-          b. Lobuli terdiri atas jaringan ikat kolagen dan saluran kelenjar yang berbentuk bular (perikanalikuler) atau bercabang (intrakanalikuler);
-          c.  Saluran tersebut dibatasi sel-sel yang berbentuk kuboid atau kolumnar pendek uniform

Pencegahan
-          Fibroadenoma mamma tidak dapat dicegah. Fibroadenoma mamma dapat ditemukan lebih awal melalui pemeriksaan payudara sendiri.

So, kepada wanita2 semua, selalu m’buat pemeriksaan payudara anda sendiri setiap bulan utk memastikan sbrang perubahan pd payudara anda. Mencegah lebih baek dari mengubati.

Friday, July 27, 2012

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENTAULIAHAN Kor SUKSIS IPTA SE-MALAYSIA KALI KE-8 DI UNIMAS SARAWAK.

Alhamdulillah, seramai 51 anggota Kor SUKSIS Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditauliahkan sebagai Inspektor Kor SUKSIS pada 14 Julai 2012 yang lalu. Majlis ini melibatkan seramai 957 anggota Kor Suksis 20 IPTA seluruh Malaysia dan secara rasminya telah tamat latihan selama 3 tahun dan ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Ismail Omar. 


semua anggota kor suksis UMP

aku semasa menerima sijil pelantikan

Latihan untuk perbarisan tamat latihan dijalankan selama 7 hari di UNIMAS yang dikendalikan oleh PULAPOL Kuching, Sarawak yang diketuai oleh SM Shahram bin Haji Yakin. Pelbagai ilmu dan kenangan yang diperolehi sepanjang latihan dijalankan, iaitu mengenal erti pengorbanan masa tenaga dan mengenal erti nilai persahabatan. Alhamdulillah, sepanjang latihan kawad, semua anggota SUKSIS dapat harungi semuanya dengan ikhlas berkawad di tengah panas dari awal pagi sehingga ke petang sanggup berpeluh sampai basah baju. Bak kata pepatah, “kalau kita ikhlas buat sesuatu dengan penuh kesabaran dan keihklasan kita akan dapat kemanisannya nanti. Terdapat kata-kata keramat yang selalu diulang-ulang oleh ketua jurulatih kawad, SM Shahram iaitu “hentak biar padat, padu dan geram. Kalau tak geram, tak Nampak seni kawadnya”, seterusnya maksud “KAWAD (Kumpulan Anggota Wajib Ada Disiplin)”, dan 5 perkara yang perlu diingati semasa kawad iaitu “bukan lama sekejap, bukan sakit sedap, bukan tulang urat, bukan longgar padat, baru mendapat kenikmatan”.


Seramai 3 anggota Kor SUKSIS UMP mendapat anugerah pelatih terbaik universiti. Anugerah pelatih terbaik keseluruhan (Insp/KS52160 Wan Mohd Syazwan bin Wan Abdullah), anugerah pelatih terbaik akademik (Insp/KS52164 Anis Shafika binti Muhamad Adilah), dan anugerah pelatih terbaik latihan luar (Insp/KS52161 Zulfadly Syazwan bin Zolkhair). UMP bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS) digabungkan dalam “Detachment 10” dalam perbarisan tamat latihan. Sepanjang latihan dijalankan, “detachment” ini sering mendapat pujian dari kalangan jurulatih-jurulatih PULAPOL Kuching dan menjadi “detachment” terbaik pada hari kejadian.

semasa berjalan lalu di pentas hormat




Sunday, June 3, 2012

Health For Malaysia Siri Ke-2, 2012

Pada 26 & 27 may yg lalu, aku sebagai duta luar bandar t'libat ngan xtvt khidmat msyrkt di Perak. Nama program nih, "Health For Malaysia Siri Ke-2" di RTC Gopeng, Perak. Program Health For Malaysia Siri Pertama pada tahun lalu, aku tidak berkesempatan utk join sbb t'libat ngan softskill kat u aku. So, kali nih aku ase bes sgt sbb dpt join.

Pemeriksaan asas kesihatan oleh pelajar perubatan UKM.

Program Health For Malaysia Siri Ke-2, 2012 diadakan oleh KPT dgn kerjasama HUKM utk m'jlnkan program nih. Pelbagai xtvt menarik yg diadakan seperti pemeriksaan kesihatan asas secara percuma, pemeriksaan kesihatan utk llki dan wanita, pemeriksaan gigi dan mata secara percuma, bimbingan kaunseling dan psikologi, fisioterapi dan cara pulih kerja, farmasi, dll...

Pemeriksaan gigi

Program nih best sgt sbb, secara x langsung, aku pon bleh check kesihatan aku gak. Ok la, setakat nih je la aku nak cite psal program Health For Malaysia nih. K,bai....

Saturday, June 2, 2012

SAHABAT


sahabat, jgn lah kau terasa hati denganku
kata2ku mgkn agak kasar dimatamu
tapi ianye teguran utk m'btolkanmu
w/pon diriku tidaklah selengkap mana
aku mahukan yg terbaik
itu sahaja
maap seandainye sikapku tidak menyenangkanmu....


*persahabatan umpama tali, jgn biarkan ia ptus....

Monday, May 7, 2012

SEBAB_SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha